Tuesday, 2 August 2011

Abby Tidak Hadir Ke Majlis Perkahwinan Norman-Memey


Kata Abby:

"Saya masih tidak tahu sama ada saya perlu datang atau tidak ke majlis perkahwinan Norman dan Memey. Saya masih berbelah bagi untuk hadir kerana saya takut saya akan menangis dan merosakkan majlis mereka nanti" dipetik dari salah sebuah akhbar.
Norman dan Memey dijadualkan bernikah pada 24 September di Felda Tenggaroh, Mersing Johor iaitu rumah pengantin perempaun manakala majlis persandingan pada 28 September di sebuah hotel dengan tajaan RM 12 juta.

Abby juga turut menyangkal satu laporan media kononnya dia menerima kad jemputan daripada Norman dan Memey utk hadir ke majlis resepsi pasangan itu.

Kata Abby:
"Saya tidak tahu menahu mengenai jemputan dan tidak menerima sebarang kad jemputan untuk hadir ke majlis perkahwinan mereka."

No comments:

Post a Comment